Salam,
Alhamdulillah, selesai majlis pada 31/8/2013 yang diadakan di Muzium Negeri Terengganu yang terletak di Losong. Jika disebut mengenai losong, maka semua terbayang keenakan keropok losong yang menjadi tarikan utama pengunjung di negeri terengganu. Tidak kurang juga dari segi pelancongan iaitu tarikan kepada muzium losong yang terletak hanya 2 km dari bandar kuala terengganu.
Muzium ini merupakan muzium yang terbesar di Asia tenggara dan pengunjung yang melawat kesini akan menjanjikan seribu pengalaman baru dan menarik dimana muzium ini terbahagi kepada Muzium Utama, Muzium Maritim, Muzium Perikanan, Rumah Tradisional, Taman Botani dan Taman Ulam.
Majlis yang diadakan di Muzium Losong ini meriah dengan disambut oleh tetamu seramai 1000 orang. Menu bagi pihak kami untuk sediakan adalah seperti berikut:
Menu : Nasi Minyak
Tetamu: 1000 orang
Lauk: Kurma Daging Temapatan
Ayam Masak Merah
Acar Campur
Sambal Belacan
Air Sirap
Buah Rambutan
Bubur Kacang
Tahniah kepada kedua-dua mempelai. Terima Kasih dari pihak kami.
Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan sila hubungi kami ditalian 0139748348
Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan sila hubungi kami ditalian 0139748348