(Ajyah Enterprise TR0125481-W)

(Dimiliki oleh syarikat Ajyah Enterprise TR0125481-W)
Membekal makanan dan perkhidmatan katering untuk majlis perkahwinan, kenduri kesyukuran dan sebagainya hanya di KUALA TERENGGANU..

Sekapur sirih seulas pinang

Assalamualaikum semua...

Terima kasih kerana mengunjungi blog kami, kami mengalu-alukan kedatangan anda semua. Kami menyediakan perkhidmatan katering di sekitar Kuala Terengganu untuk semua majlis pada harga yang menarik dan citarasa yang lazat. Kepada semua pelanggan kami, kami ucapkan ribuan terima kasih atas sokongan anda...


Tahun Melawat Terengganu 2013 (TMT 2013)




Kerajaan negeri akan memperkasakan usaha melonjak sektor pelancongan negeri bagi memastikan sasaran kira-kira empat juta pelancong mengunjungi negeri ini sempena Tahun Melawat Terengganu 2013 (TMT 2013) tercapai.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berkata antara langkah bagi memastikan hasrat itu mampu direalisasikan adalah menerusi penganjuran pelbagai karnival dan pesta bertaraf antarabangsa yang mampu menarik tumpuan pelawat tempatan serta luar negara.


“Malah, masih banyak ruang dan peluang yang belum kita eksploitasi sepenuhnya terdapat di Terengganu termasuk kelebihan negeri ini yang mempunyai pantai terpanjang di Malaysia, pulau dan tasik terbesar di Asia Tenggara.



“Kerajaan sanggup mengeluarkan belanja yang besar bagi mewujudkan infrastruktur berkaitan pelancongan yang mampu memberi faedah secara langsung kepada rakyat serta mendatangkan keuntungan lumayan kepada negeri dan rakyat Terengganu khususnya ,” katanya ketika merasmikan Pesta Pantai Terengganu, di Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu, kelmarin (25 Mei).
Antara acara teras dalam kalendar TMT termasuk Karnival Tahun Baru Cina, Festival Permainan Tradisional, Le Tour De Langkawi, International Terengganu Starhill 4X4 Challenge, Kenyir Lake International Triathlon, Boat On The Road, Terengganu World Invitational Jetrace Chellenge dan Kapas-Marang International Swimathon 2013.

Lain-lain acara, Pelancaran Karnival Candat Sotong Harian Metro 2013, Karnival GP Joran 2013, Colours of Terengganu, Festival Gamelan Sedunia, Pesta Pantai Terengganu, Piala Sultan Mizan, International Perhentian Island Challenge, Kenyir Cup, Terengganu Eco & Marine Tourism Conference, Terengganu Quiksilver Best Event Surfing Contest 2013, Kejohanan kapal Layar Piala Monsun 2013 dan Festival Songket Terengganu.

Bagi pihak kami, kami mengalu-alukan kedatangan anda ke Terengganu.  Nikmatilah keindahan dan kecantikan Negeri Cantik Budaya Menarik ini dari segi pakaian, permandangan, tempat-tempat menarik serta makanan.

 Sedikit updated jadual tempahan dari Januari - Mac 2013

Borang Pertanyaan

Name

Email *

Message *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...