(Ajyah Enterprise TR0125481-W)

(Dimiliki oleh syarikat Ajyah Enterprise TR0125481-W)
Membekal makanan dan perkhidmatan katering untuk majlis perkahwinan, kenduri kesyukuran dan sebagainya hanya di KUALA TERENGGANU..

Sekapur sirih seulas pinang

Assalamualaikum semua...

Terima kasih kerana mengunjungi blog kami, kami mengalu-alukan kedatangan anda semua. Kami menyediakan perkhidmatan katering di sekitar Kuala Terengganu untuk semua majlis pada harga yang menarik dan citarasa yang lazat. Kepada semua pelanggan kami, kami ucapkan ribuan terima kasih atas sokongan anda...


Kuih Bekang Terengganu



Entiti kali ini adalah mengenai salah satu kuih tradisi orang Terengganu iaitu Kuih Bekang. Asal wujudnya kuih bekang ini sebenarnya makanan orang-orang cina yang menetap diTerengganu beratus tahun dahulu dan ia sudah menjadi makanan tradisional orang terengganu.  



Sebenarnya kuih bekang ini sudah hampir pupus kerana tiada sesiapa lagi yang hendak meneruskan tradisi tersebut dan salah satu sebab jugalah ia amat sukar didapati. Kuih bekang ini mempunyai kuah yang boleh didapati dalam kuah manis (warna brown) ataupun kuah lemak (warna putih)



Bagi yang berminat untuk mencuba resepi kuih bekang ini, sudi-sudi kanlah mencuba resepi spt dibawah:-  


BAHAN UNTUK KUIH BEKANG
1kg tepung beras
air 1 ½ liter
4 biji telur ayam

BAHAN UNTUK MEMBUAT SAMBAL IKAN.
1kg ikan kembung@selayang
1 biji kelapa parut
300g bawang merah
2 inci halia

BAHAN UNTUK MEMBUAT KUAH LEMAK KUIH BEKANG.
1 biji kelapa (santan)
1 cawan tepung beras
10 ulas bawang merah (dimayang)
1 sudu halba
½ inci halia (dihiris halus)
garam secukup rasa

BAHAN UNTUK KUAH MANIS
1 cawan tepung beras
4 keping gula melaka(kecil)
2 cawan air


KAEDAH MEMBUAT:

1) Cara - cara membuat kuih bekang:
Tepung beras dibancuh dgn air dan telur.bancuh hingga sebati.kemudian bakar didalam acuan kuih baulu.

2) Cara memasak sambal ikan:
Ikan direbus dan ambil isi sahaja.
Kemudian santan kelapa,bawang merah dan halia digoreng hingga kering seperti membuat serunding.

3) Cara membuat kuahlemak:
Bawang merah,halba,tepung beras,halia dan santan dimasak hingga pekat.
masukkan garam secukup rasa.

4) Cara - cara membuat kuah manis.
Tepung beras,air dan gula melaka dimasak sehingga pekat.


Selamat Mencuba yer!





Borang Pertanyaan

Name

Email *

Message *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...