(Ajyah Enterprise TR0125481-W)

(Dimiliki oleh syarikat Ajyah Enterprise TR0125481-W)
Membekal makanan dan perkhidmatan katering untuk majlis perkahwinan, kenduri kesyukuran dan sebagainya hanya di KUALA TERENGGANU..

Sekapur sirih seulas pinang

Assalamualaikum semua...

Terima kasih kerana mengunjungi blog kami, kami mengalu-alukan kedatangan anda semua. Kami menyediakan perkhidmatan katering di sekitar Kuala Terengganu untuk semua majlis pada harga yang menarik dan citarasa yang lazat. Kepada semua pelanggan kami, kami ucapkan ribuan terima kasih atas sokongan anda...


Ikan Celup Tepung


Salam

Tajuk kali ini mengenai ikan celup tepung. Ikan celup tepung ini juga merupakan makanan kegemaran orang Kuala Terengganu termasuklah kami sekeluarga. hehehehehe..


Sotong celup tepung

Ikan celup tepung ini kebiasaannya dimakan pada waktu petang bersama dengan air kelapa dan lebih enak lagi dibawah hembusan angin laut cina selatan. Selain ikan terdapat juga hidangan lain seperti sotong, udang, bebola ikan, ketam dan pelbagai lagi hidangan laut..


Ikan celup tepung 


Pelbagai hidangan celup tepung 



Pada yang berminat untuk mencuba resepi ini bolehla mencuba resepi dibawah ini:-


Bahan-bahan ( 5 orang )

5 ekor ikan kembung/selayang/ape2 je jenis ikan yg digemari (di cuci bersih dan toskan)
5 camb tepung beras
1 camt serbuk kunyit
sedikit kapur
1 biji telur
sedikit garam
air secukupnya utk bancuhan
minyak yg banyak utk menggoreng




Cara-cara

Bancuh kesemua bahan adunan di dalam mangkuk dgn air yg secukupnya.
Panaskan minyak di dalam kuali dgn api yg sederhana.
Ikan dicelupkan di dalam adunan tepung tadi.
Kemudian di goreng sampai betul2 garing.
Dan siap utk dihidangkan. 
 Selamat Mencuba! 

Borang Pertanyaan

Name

Email *

Message *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...