(Ajyah Enterprise TR0125481-W)

(Dimiliki oleh syarikat Ajyah Enterprise TR0125481-W)
Membekal makanan dan perkhidmatan katering untuk majlis perkahwinan, kenduri kesyukuran dan sebagainya hanya di KUALA TERENGGANU..

Sekapur sirih seulas pinang

Assalamualaikum semua...

Terima kasih kerana mengunjungi blog kami, kami mengalu-alukan kedatangan anda semua. Kami menyediakan perkhidmatan katering di sekitar Kuala Terengganu untuk semua majlis pada harga yang menarik dan citarasa yang lazat. Kepada semua pelanggan kami, kami ucapkan ribuan terima kasih atas sokongan anda...


Doa Memohon DiMurahkan Rezeki

Salam semua,

Diharap anda semua berada dalam keadaan yang sihat hendaknya. Sudah sekian lama saya tidak updated blog ini kerana kesibukan didalam menguruskan perniagaan.

Kali ini saya ingin berkongsikan sedikit ilmu tentang ' doa murah rezeki'. Doa ini merupakan salah satu senjata didalam mendapatkan rezeki yang melimpah ruah disamping itu rezeki yang kita dapat ini bertambah berkat. Antara doa-doanya ialah :-


Maksudnya: "Ya Allah, sesungguhnya kuberlindung dengan-Mu daripada duka dan kesedihan, kuberlindung dengan-Mu daripada lemah dan malas, kuberlindung dengan-Mu daripada hidup dirundung hutang dan penindasan"



"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".




Sama-samalah kita mengamalkan doa ini.


p/s:- Update Tempahan Sehingga akhir tahun ini

1. 1/8/2011 - 29/8/2011 - sepanjang ramadhan tempahan dari hospital kt
2. 2/9/2011 - Tempahan nasi minyak di tepuh kt
3. 3/9/2011 - Tempahan nasi minyak oleh hj. mat hj indon
4. 9/9/2011 - Tempahan nasi minyak oleh kak ani ladang
5. 16 - 17/9/2011 - Tempahan dari yong cendering
6. 24/9/2011 - Tempahan dari hj sahak ladang
7. 1/10/2011 - Tempahan dari ibai golf resort
8. 26/11/2011 - Tempahan dari seberang takir

Terima Kasih diatas sokongan anda semua. Berjumpa lagi

Wassalam

Borang Pertanyaan

Name

Email *

Message *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...