(Ajyah Enterprise TR0125481-W)

(Dimiliki oleh syarikat Ajyah Enterprise TR0125481-W)
Membekal makanan dan perkhidmatan katering untuk majlis perkahwinan, kenduri kesyukuran dan sebagainya hanya di KUALA TERENGGANU..

Sekapur sirih seulas pinang

Assalamualaikum semua...

Terima kasih kerana mengunjungi blog kami, kami mengalu-alukan kedatangan anda semua. Kami menyediakan perkhidmatan katering di sekitar Kuala Terengganu untuk semua majlis pada harga yang menarik dan citarasa yang lazat. Kepada semua pelanggan kami, kami ucapkan ribuan terima kasih atas sokongan anda...


Mengenali Makanan Terengganu


Di negeri Terengganu terkenal dengan beberapa jenis makanan tradisional di antaranya Keropok Lekor,nasi dagang, ketupat Sotong,Bronok, Lompat Tikam,Otak-otak,Laksam, Beka,Lok Lik dan banyak lagi.....

Jom kenali dengan lebih dekat lagi…



1. Keropok Lekor


Keropok lekor atau dalam bahasa Terengganu ialah ‘kepok leko’ merupakan sejenis makanan tradisional pantai timur Semenanjung Malaysia, khususnya di Terengganu yang terkenal. Keropok diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu dan sedikit garam. Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepong kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali, sebelum direbus didalam air panas.

Kandungan ikan yang tinggi menjadikan keropok lekor sebagai makanan berprotin tinggi yang kaya dengan iodin semulajadi.

Keropok lekor boleh dimakan segar sabaik sahaja diangkat dengan dicicah air lada (sos cili) yang pedas. Pada masa ini, pembuatan keropok lekor telah pun tersohor kebeberapa negeri lain.


Keropok lekor biasanya tidak tahan lama. Bagaimanapun, sekiranya hendak disimpan dengan lebih lama, keropok lekor hendaklah dibalut dengan plastik dan diletakkan ditempat air batu bagi mengelakkan baunya mencemar makanan lain. Apabila hendak dimakan, ia perlu dibasuh dan direbus semula dengan air yang dicampurkan sedikit garam, sekiranya tidak keropok berasa tawar.

Selain daripada dimakan segar, keropok lekor juga boleh dipotong pendek dan digoreng sekali lagi bagi menghasilkan keropok yang lebih rangup. Keropok lekor yang dicampur dengan tepung kanji biasanya lebih rangup apabila digoreng, tetapi akan bertukar menjadi liat apabila sudah sejuk. Keropok lekor yang menggunakan campuran sagu tidak akan menjadi liat walaupun ia sudah sejuk selepas digoreng.



2. Laksam




Laksam
merupakan sejenis masakan daripada negeri Terengganu yang diperbuat daripada tepung beras dan dimakan bersama kuah. Biasanya adunan cair tepung beras ini akan disalut pada tudung periuk dan dimasak. Apabila mengeras, ia akan digulung menjadi panjang dan sedia untuk dihidangkan. Semasa dihidang, ia boleh dipotong-potong agar mudah menyerap kuah laksam.

2. Nasi Dagang



Nasi dagang Terengganu dihidangkan dengan kuah nasi dagang yang dimasak dengan menggunakan rempah khas (berlainan dengan rempah kari biasa). Ikan yang digunakan biasanya ikan aya hitam (ikan tongkol) yang bersaiz besar, dipotong. Selain itu acar timun juga disediakan.



4. Ketupat Sotong




MUNGKIN kita jarang dihidangkan dengan makanan yang unik seperti ketupat sotong. Bagi penduduk di pantai timur, ketupat sotong antara makanan yang dianggap menarik dan mempunyai penggemar tersendiri.

Mungkin mereka yang tidak pernah menikmati makanan itu berasa pelik kerana sotong disumbat dengan beras pulut dan rasanya agak manis. Apapun, makanan yang dianggap tradisional itu sukar diperoleh di tempat lain sama ada di restoran atau hotel.

Rahsia keenakan ketupat sotong pula terletak kepada keunikan cara masakannya bersama santan pekat dan gula Melaka atau manisan.



5. Kuih Lompat Tikam




Kuih lompat tikam merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu

Kuih lompat tikam mempunyai dua lapisan, iaitu lapisan tepung yang biasanya bewarna hijau di bahagian bawah dan lapisan santan yang bewarna putih di bahagian atas. Bahagian ini dibuat tawar kerana ia dimakan bersama air nisan atau gula kabung.



6. Otak Otak





Otak-otak adalah sejenis makanan tradisional di perkampungan nelayan. Kebiasaannya dimakan sebagai makanan ringan di jamuan petang. Terdapat dua jenis otak-otak di Malaysia iaitu "Otak-otak Terengganu" dan "Otak-otak Johor."

Pada lazimnya ia dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah tetapi kini ianya boleh dibungkus dengan kulit popia dan dikenali sebagai 'spring roll'.Kebiasaan otak-otak diperbuat daripada isi ikan laut. Bagi ikan air tawar yang sesuai untuk dibuat otak-otak ialah ikan tilapia merah, patin dan keli.Otak-otak yang dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah perlu dibakar di atas dapur arang atau dapur biasa. Ia lebih enak dimakan ketika masih panas.



7. Kuih Beronok




Kuih Beronok atau juga dikenali sebagai beronok sagu merupakan sejenis kuih tradisional Melayu. Ia dibuat daripada sagu biji atau juga dikenali sebagai sagu mata ikan. Kuih Beronok ini dimakan bersama dengan kelapa parut.



8. Kuih Akok



Kuih akok merujuk kepada sejenis kuih tradisi tradisional yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Terdapat 2 jenis kuih akok iaitu biasanya dibuat berbentuk bujur, ikut acuan buah ulu dan akok bunga atau dikenali juga akok Kemboja. Akok rasanya manis bertelor.Terdapat juga Akok berlauk dimana akok ini buat kurang manis tetapi didalamnya terdapat inti yang dibuat daripada ikan atau ayam. Cara pengandungan dan pembakaran merupakan faktor yang menjadikan sesuatu kuih akok itu sedap. Pada kebiasaannya akok bewarna hijau pucat.



9. Kayu Keramat




Makanan tradisional Terengganu yang sedap dan kebanyakan sebagai menu makan pagi. Biasa dijual diwarong warong tepi jalan dan agak susah didapati dipasar pasar. Kayu Keramat rasanya memang sedap.Rupanya ada persamaan ngan Cakoi tetapi rasanya tak sama.Kalau cakoi ada rasa bawang dan berwarna putih manakala kayu keramat ni rasanya manis dan lemak.Sedap jika dimakan bersama kopi-o atau tea-O.



10. Kuih Asam Gumpal




Kuih asam gumpal merupakan sejenis hidangan kuih tradisional Melayu yang lemak manis yang dihasilkan dengan menggunakan sagu mata ikan/ sagu biji dengan inti dan dimasak dalam kuah santan.

Kuih asam gumpal disediakan dengan menggunakan sagu biji yang telah direbus dengan air yang dicampurkan dengan garam bagi membangkitkan rasa. Selepas itu sagu yang telah dimasak akan diisi dengan inti dan dijemput dengan tangan kepada bentuk akhir. Biasanya asam gumpal ini akan digumpal menjadi bulat sebesar satu gumpalan tangan (uukuran lama). Ia kemudiannya akan dimasak dalam kuah santan sehingga pekat. Campuran gula merah, halia dan halba juga ditambah bagi menambahkan perisa.

Kuih asam gumpal biasanya banyak dijual secara meluas dan cara membuatnya adalah mudah dan murah. Asam gumpal biasa dijual di pasar, pasar minggu dan pasar tani.



11. Laksa Terengganu




Laksa Terengganu merupakan sejenis sejenis makanan berkuah seperti mi yang popular di Terengganu.

Laksa Terengganu biasanya dihidangkan bersama dua jenis kuah, iaitu kuah masak dan kuah mentah. Kuah mentah biasanya dibuat dengan menggunakan santan yang diharong (dicampur air panas) sahaja tanpa dimasak, dan dicampurkan dengan lada hitam, bawang dan isi ikan. Kuah masak pula disediakan dengan rempah dan hampir sama dengan kuah laksa Johor, tetapi lebih kuning. Kuah mentah biasanya tidak tahan lama dan perlu dibuat hanya apabila hendak dihidangkan.

Laksa Terengganu biasanya dihidangkan dalam beberapa gabungan dengan menggunakan laksa tepong (gandum) atau laksa beras contohnya laksa tepong dan kuah masak, laksa tepong dan kuah mentah, masak, laksa beras dan kuah masak, atau laksa beras dan kuah mentah.

Pada kebiasaannya laksa Terengganu di makan dengan menggunakan tangan (lebih asli).



12. Pulut Lepa




Pulut Lepa adalah sejenis masakan yang diperbuat daripada pulut berinti ikan. Masakan ini biasanya dipanggang di atas api. Inti ikan diperbuat daripada ikan, bawang, danlada kering dan nyiur. Campuran ini dimasak sehingga kering dan disumbat sebagai inti dalam pulut yang berbentuk batang. Batang pulut itu kemudiannya dibalut dengan daun pisang sebelum dipanggang sampai masak.

Terdapat juga sejenis kuih yang seumpama dengannya, tetapi menggunakan inti kelapa. Ini dikenali sebagai pulut panggang.



13. Kuih Loklik




Makanan Tradisi Terengganu

Bahan-bahan:

1 cawan gajus - digoreng tanpa minyak dan ditumbuk

1/2 cawan tepung beras - digoreng tanpa minyak

1 cawan gula melaka

2 cawan kelapa muda - diparut

Garam secukup rasa

Cara Membuat:

1. Masak gula melaka bersama air sehingga agak pekat.

2. Masukkan gajus, tepung beras, kelapa dan garam ke air gula melaka.

3. Masak sehingga sebati dan sedia dinikmati.



14. Rojak Betik



Rojak betik merupakan sejenis makanan yang diperbuat daripada betik dan berkuah yang diperbuat daripada isi ikan.

Bahan-bahan

  • 300 g ikan selayang, dipanggang tawar hingga masak
  • 1 biji betik muda, disagat / parut
  • 1 biji timun } dipotong halus
  • 1 biji nenas } dipotong kecil
  • 200 g taugeh } dicelur dalam air mendidih selama ½ minit
  • 4 sudu besar cili kisar/giling
  • 1 sudu makan asam jawa
  • 2 cawan air
  • ½ keping nisan/ gula melaka
  • 10 sudu besar cuka
  • garam secukup rasa

Cara penyediaannya

Ikan direbus dan diperisi, buang tulang dan ditumbuk sehingga lumat. Asam jawa dicampurkan dengan air buang bijinya untuk ambil airnya sahaja.

Masukkan ke dalam mangkuk isi ikan, cili kisar, air asam jawa, cuka, gula melaka dan garam dan kacau sehingga sebati.

Campurkan betik, timun, nenas dan taugeh secukup rasa dan ia boleh dihidangkan. Sebelum makan, tuangkan kuah diatasnya.



15. Rojok Kateh





Rojak kateh merupakan sejenis makanan traditional yang terkenal di Terengganu. Ia merupakan urat keting lembu/ kerbau yang direbus selama beberapa jam. Rebusan ini akan menyingkirkan semua lemak yang akan timbul dibahagian atas, meninggalkan bahagian urat yang bebas lemak sepenuhnya.

Urat ini kemudiannya akan diambil dan dipotong kepada bahagian- bahagian kecil sebelum dimasak bersama air cuka berlada.

Pada kebiasaannya, ia lebih banyak dibuat pada Hari Raya Aidiladha kerana mudah mendapat kaki dari lembu korban.



16. Satar





Satar adalah makanan ringan yang diperbuat dari ikan. Ia merupakan masakan istimewa Terengganu. Ia adalah campuran ikan tumbuk, lada dan halia dibalut dalam daun pisang berbentuk 3 piramid . Setiap satu akan dicucuk seperti sate gergasi dengan batang buluh dan dipanggang atas bara api.



17. Slemang


Slemang merupakan sejenis makanan tradisional Terengganu. Ia merupakan gula terurai yang dibebat dalam tepung. Mempunyai rasa yang manis.



18. Kacang Sira



Kacang sira merupakan sejenis makanan ringan yang popular di Malaysia, terutama di pantai timur seperti Terengganu dan Kelantan.

Ia merupakan kacang tanah yang digoreng dan ditos dalam gula.



19. Tapai Pulut



Tapai pulut merupakan sejenis makanan tradisional di Malaysia dan amat digemari dikalangan penduduk pantai timur, terutamanya di Terengganu dan Kelantan.

Bahan utama yang digunakan untuk membuat tapai pulut adalah, beras pulut dan ragi. Beras pulut ini dikukus terlebih dahulu dan kemudiannya dicampurkan dengan serbuk ragi. Kemudian, nasi pulut bercampur ragi ini dibungkus di dalam daun khas dan kemudiannya diperam beberapa hari sehingga menghasilkan rasa masam.

Di Terengganu khasnya, tapai pulut seringkali dihidangkan di musim perayaan.

Selain tapai pulut, terdapat juga tapai ubi.



20. Ais Krim Goreng



Aiskrim goreng merupakan satu hidangan istimewa yang pertama sekali diperkenalkan di Malaysia di pantai batu buruk, Terengganu. Ia merupakan satu pencuci mulut Asia, Amerika Syarikat dan Mexico.

Ia dihasilkan dengan mengambil satu pencedok aiskrim sejuk lampau beku (dibekukan bawah dari suhu piwaian 0°F tahap mana aiskrim biasanya disimpan), mungkin dicelup dalam telur, kemudiannya digolek masuk emping jagung atau remah biskut, dan kemudian secara ringkas menggoreng di dalam minyak yang banyak -- kesejukan aiskrim mencegah ia daripada cair sementara ada goreng. Akhirnya mungkin juga menjadi direnjis dengan kayu manis dan gula.

Aiskrim goreng telah menjadi satu desert yang bersama berkhidmat dalam restoran-restoran yang Cina dan Jepun. Resipi di restoran-restoran berbeza sedikit, kerana ada yang menggunakan tempura dan juga menggunakan kulit yang diperbuat dari emping jagung atau serbuk biskut.



21. Kuih Jala Emas




22. Kuih Bike Ubi




23. Kuih Hasidoh



1.

24.24. Kuih Koleh Kacang




Dan terdapat banyak lagi makanan Terengganu yang saya tidak nyatakan disini. Kepada yang datang ke Terengganu, jangan lepaskan peluang menikmati makanan-makanan ini sambil menikmati hembusan air laut cina selatan. Berjumpa di Terengganu ya ……

Borang Pertanyaan

Name

Email *

Message *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...